Monday, 24 August 2015

6 Perkara pesanan Imam Syafie buat penuntut ilmu.

أخي لن تنال العلم الا بالستة : ذكاء وحرص واجتهاد وبلغة وارشاد استاذ وطول زمان

Saudaraku sekali-kali tidak akan dapat ilmu kecuali dengan enam perkara ini :
1. Cerdik

- banyakkan membaca
- bertanya
- makanan sunnah seperti madu lebah, susu kambing, kismis
2. Rasa tidak cukup pada ilmu
3. Bersungguh-sungguh dalam belajar

- menjaga adab-adab sebelum, semasa dan selepas belajar
4. Cukup belanja / kelengkapan

- memastikan peralatan belajar yang mencukupi
- berusaha melunaskan segala yuran yang ditetapkan
5. Cari irshadul ustaz (cikgu yang hebat)
6. Masa yang panjang.

- menggunakan masa dengan sebaiknya seperti mengulangkaji pelajaran


Niatlah belajar

1. Kerana Allah s.w.t
2. Kerana nak majukan diri, keluarga, agama,bangsa dan negara
3. Dapat menyumbang manfaat kepada orang lain.

Sekian, wassalam.


Kenangan bersama studens Kolej UNITI batch 2008 -2011