Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi kerana pada tahun ini murid-murid kami mencapai kecemerlangan di dalam Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
Pada 19hb Januari 2016 pihak Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu telah mengumumkan melalui whatsapp bahawa keesokan harinya penyelaras sekolah dibenarkan mengambil slip keputusan peperiksaan UPKK.
Tanggal 20hb Januari 2016 lebih kurang jam 10 pagi penyelaras KAFA Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu iaitu Puan Izzati Binti Ibrahim telah mengumumkan seramai 15 orang pelajar telah berjaya mencapai keputusan 8A (Mumtaz/ Cemerlang), seramai 7 orang telah mendapat 7A dan 7 orang telah mendapat 6A.
Allahu Akbar ! bila baca sahaja pengumuman tersebut menitis air mata tanda kesyukuran yang tidak terhingga kerana pada tahun ini mereka berjaya memecahkan rekod selama saya mengajar 4 tahun. Teringat di dalam filem ketika cinta bertasbih, Abdullah Khairul Azam terus sujud syukur time tu jugak apabila menerima keputusan mumtaz dalam peperiksaan di University Tonto.
Tak lupa juga untuk merafakkan setinggi kesyukuran secara xlansung sujud tanda kesyukuran yang tidak terhingga.
Alhamdulillah mereka yang cemerlang dan kurang cemerlang pada tahun lepas semua mesra guru. Berkat kesungguhan sampai pada mereka. saya tidak berkecil hati bahkan mereka yang menghiburkan saya.
Semoga kamu semua terus menjadi murid yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Amin Ya Robbal Alamin.
-Faris Amni
-Anas Mushdi
-Aqmar Aziz
-Ammar Hakimi
-Osana
-Osana
-Raidah Haziqah
-Hidatul Waheeda
-Marsya Qaisara
-Aina Syabilla
-Izzati
-Aina Syabilla
-Izzati
SEBARANG JEMPUTAN BENGKEL MENJAWAB SOALAN UPKK SEKITAR NEGERI SEMBILAN, MELAKA DAN SELANGOR WHATSAPP SAYA 013-344 2846