Asma' Binti Khuwailid
No 1 Kampung Bertuah
71600 Kuala Klawang, Jelebu
Negeri Sembilan Darul Khusus
No 1 Kampung Bertuah
71600 Kuala Klawang, Jelebu
Negeri Sembilan Darul Khusus
_________________________________________________________________
Dato’ Yunus Bin Rahmat
ADUN Kuala Klawang
71600 Kuala Klawang
Negeri Sembilan Darul Khusus. 15 Julai 2016
Dato’,
MEMOHON SUMBANGAN
KEWANGAN
Merujuk kepada
perkara di atas, saya Asma' Binti Khuwailid, No K/P 123456-07-8899, ingin memohon sumbangan berbentuk
kewangan.
2. Untuk
makluman Dato’, pihak MARA sedang membuat tawaran insentif sebanyak 50% kepada
semua peminjam pembelajaran. Oleh itu, saya amat berharap agar dapat melangsaikan
pinjaman pelajaran MARA ini dengan kadar yang segera. Baki pinjaman pelajaran MARA
saya adalah sebanyak RM 3005.60. Peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM
1500.
3. Saya
amat berharap agar permohonan ini dipertimbangkan oleh pihak Dato’ supaya saya
dapat lebih fokus untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
4. Kerjasama
yang diberikan oleh pihak Dato’ saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
(ASMA' BINTI KHUWAILID)
No comments:
Post a Comment