Alhamdulillah baru berhomestay at Lanchang, Pahang (Di Junjung Homestay). Penginapan yang selesa and besar. Tuan rumah pon mesra siap sedia sarapan pagi lagi...first time berhomestay tuan rumah sedia sarapan..bagus untuk dicontohi buat mereka yang punyai homestay...
Friday, 17 December 2021
Friday, 10 December 2021
Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti
Alhamdulillah this year diberi kesempatan untuk bersama-sama adinda saya Nur Diana dalam pertandingan Khat besempena Sambutan Maulidur Rasul.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Setiap tahun still Jawatan Kuasa Masjid Dato Undang Musa Al Hajj mengadakan pertandingan sepanduk mengikut tema yang telah ditetapkan. Kat sini dapatlah mencungkil bakat-bakat ahli karyah Felda Titi dalam melakar, menulis, mewarna dan sebagainya di atas sebuah kain rentang putih.
Tema tahun ni : MANHAJ RABBANI, UMMAH BERKUALITI.
Sesi pemarkahan oleh Imam Masjid Sepri .
Sesi pemarkahan oleh Imam Masjid Sepri .
JOHAN
LAIN-LAIN
Khat kami mendapat tempat KE TIGA...apapon alhamdulillah...Bukan mudah sebenarnya melalui proses melakar atas kain putih.
Dan waktu ni baru tahu yang khat adik lakarkan by laptop terlebih dahulu merupakan KHAT KHUFI sebab sebelum ni saya hanya mengajar murid tentang tiga jenis khat iaitu naskah, ruqaah dan thuluth.
Contoh jenis khat :
Sumber : Buku Teks Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)
Kredit to: Ustaz Razif Salleh (scan buku)
Menurut adik saya khat khufi ni merupakan khat yang terawal dikemukakan.
Kufi ialah bentuk khat skrip bahasa Arab yang tertua yang terdiri daripada skrip tua abjad Nabatean yang diubah suai. Namanya diambil sempena bandar Kufa, Iraq, walaupun skrip ini diguna di Mesopotamia sekurang-kurangnya 100 tahun sebelum pembinaan Kufa. Skrip ini digunapakai di semenanjung Arab sebelum datangnya Islam. Salinan-salinan terawal al-Quran ditulis dalam skrip ini.
(sumber : wikipedia)
Berkaitan tema pula saya nak ulas sedikit sahaja.
"MANHAJ RABBANI UMMAH BERKUALITI"
Manhaj boleh dikategorikan apa yang nak diacukan kepada dalam sesebuah masyarakat atau ummah. Ianya mestilah berpandukan kepada Al-Quran dan Hadis. Ilmu di dalam Al-Quran bukan sahaja berkaitan agama sahaja tetapi terdapat juga ilmu sains, matematik, rumahtangga dan sebagainya.
Rabbani merujuk kepada sifat seorang hamba yang hampir kepada Sang Pencipta.
Selain membaca Al-Quran dan Hadis bagaimana seseorang itu dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T ? Sebagaimana yang dinukilkan dalam lirik TOMBO HATI (UBAT HATI) yang dinasyidkan oleh Opick iaitu ada 5 perkara.
1) Baca Al-Quran perlulah dengan maknanya.
2) Solat malam /Tahjud.
3) Berkumpul dengan orang soleh/ dengar tazkirah online
4) Perbanyakkan puasa terutama ISNIN dan KHAMIS
5) Zikir - apa-apa jua zikir yang berlandaskan nas hadis.
Monday, 18 October 2021
Puisi ketika cinta bertasbih - Mbak Husna
cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri menjadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah malang jadi untung
mengubah sedih jadi riang
mengubah setan jadi nabi
mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat
mengubah bakhil jadi dermawan
megubah kandang jadi taman
mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah
Di Atas Satu Cinta - Indah Dewi
Jejak jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
Apakah aku masih bisa terus melangkah
Serpihan hidupku kanku bangun
dI atas satu cinta
SubhanaAllah aku mencintainya
SubhanaAllah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu dihatiku
Monday, 4 October 2021
PERKASAKAN JAWI
Notes from : BENGKEL PENGKAEDAHAN JAWI TERKINI.
KERJASAMA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (JHEAINS) &
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN (PPANS).
PENCERAMAH : PROF. ADI YASRAN ABDUL AZIZ (UPM)
1. Tulisan jawi merupakan tulisan perantara kedua.
2. Ditulis dari kanan ke kiri seperti sistem Bahasa Arab.
3. Ada 37 huruf. ikut kamus dewan still 36 huruf yang membezakan iaitu ta marbuthoh.
Telah mengeluarkan sebuah kamus jawi Kamus Perdana (Pedoman Ejaan Jawi - berwarna hijau )
4. Penggunaan kaf mesti dihadapan...contoh kakak كاكق
5. Huruf hijaiyah (arab) ada 31. huruf berubah ialah huruf alif.
6. Ca tiada hamzah kerana bukan huruf serapan arab.
7. Penggunaan huruf Ga dan Ka -tidak ditambah alif dibelakang asal seperti geliga.
8. Kedudukan hamzah - tiada lagi yang terapung seperti perkataan buih - بوءيه
9. Pendeta Zaaba antara tokoh memperjuangkan tulisan jawi.
10. Imbuhan awalan - ditambah dihadapan terbahagi kepada dua iaitu
1) tidak mengubah kata dasar seperti (mem- membaca), (di - disekolah)
2) mengubah kata dasar - ada alif tetapi dibuang. Seperti (meng - emas ->
mengemas ), meng - ubat -> mengubat.
11. Imbuhan apitan - ditambah hadapan dan belakang - (se+an - alir -sealiran)
12. Imbuhan akhiran - i- juara-> juarai , sayangi
13.Kata gabungan - dua perkataan membawa satu makna seperti campur aduk, terima kasih, tengahari.
14. kata ulang / kata ganda - kupu-kupu, buku-buku, labah-labah.
- tak boleh guna zaman-zaman perlu penambahan samada awalan atau
akhiran seperti zaman berzaman ,lama kelamaan, lauk pauk.
15. Akronim - TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM ) - تي. يو. دي. ام
Bayi kerap menagis?
Bayi kerap menangis? Ini saya kongsikan pahit getir yang saya alami.
Selepas besalin anak saya menagis. Sampai nak masuk bilik air sangat sukar.
Saya kira ia adalah satu proses dimana perubahan bayi bertukar ke alam nyata.
Susu, lampin, keadaan perut tidak kembung dan sebagainya telah saya teliti.
Saya berasa begitu hairan.
Kami dari 10 malam sampai 5 pagi berjaga malam dek kerana tangisan anak tidak reda.
Telah membaca beberapa surah yang disarankan sebagaimana disebut dalam hadis.
anak dizikirkan dalam keadaan bertawaf barulah boleh tidur.
Tatkala ibu mula masuk bekerja, ibu terpaksa berulang alik waktu rehat ke rumah pengasuh.
Pengasuh pertama merupakan isteri hafiz quran. Pon masih still anak mengalami tangisan berpanjangan.
Kemudian, tukar pengasuh kedua isteri kawan husband siap bacakan ruqyah dari Syeikh Saad Al Ghamidi. Juga masih tangisan berpanjangan. Bak kata adik umpama orang kena cubit tangisannya itu. Tak berapa kemudian anak pengasuh pula alami sakit-sakit demam sampai warded.
Tukar lagi pengasuh ketiga, sahabat baik. Masa tu dah dapat rasa dia boleh detect something sebab mandikan anak guna sabun bidara. Ada perubahan sedikit.
Bermulalah episod kajian tentang alam ghaib...setelah diteliti, banyak perkara masyarakat kita ramai yang telah jauh dari ajaran sebenar dan mengalami masalah penyakit rohani.
Saya kongiskan moga rakan-rakan diluar sana dapat manfaat.
Pertama kaedah perubatan islam bukan sekadar menggunakan bacaan sahaja tapi perlukan elemen penting umpamanya air.
Yes, selepas saya temui ilmu dari Ustaz Khalid Basmallah dari Indonesia anak saya sembuh alhamdulillah.
Ini caranya :
Membaca 3 qul dan ayat qursi kemudian ditiup pada air untuk diminum (air mineral) dan untuk dimandi (air paip).
Tak boleh guna air dimasak atas api kerana perlu tahu asal usul iblis.
Antara perkara yang perlu dijaga iaitu :
-elakkan upload gambar anak, pasangan
-elakkan upload anugerah-anugerah yang diterima.
(kerana hati manusia berpenyakit secara tak langsung menghantar sihir ain)
-elakkan anak berkeliaran waktu senja sebagaimana tegahan Nabi s.a.w.
-mengibas tempat tidur.
membaca 3 qul dan ayat qursi lalu ditiup ke tapak tangan diusap keseluruhan badan.
-memastikan menggunakan tong sampah bertutup dirumah atau sampah diikat sebelum tidur.
-memastikan kebersihan tempat tinggal terutama sinki clean n clear.
- pakaian cuba elakkan bertimbun (antara punca melibatkan emosi seseorang tidak stabil)
Perlu yakin bahawa Allah sebaik-baik penyembuh. Dan Al Quran itu menjadi wasilah sebagai penyembuh.
Sekian sahaja perkongsian saya. Moga digolongkan orang yang beramal soleh selari dengan nas al-quran dan hadis.
Wallahu a'lam.
Ummumardhiah90
( Jolobu, n9)
Cubit peha kanan, peha kiri terasa.
Pepatah melayu ada menyebut "cubit peha kanan peha kiri terasa" begitulah halus pepatah orang lama-lama dalam menyusun kata-kata bagi membuatkan pembacanya berfikir akan apa yang ingin disampaikan kepada masyarakat.
Dalam menghadapi musim pandemik ni saya penuh keinsafan dan sering berfikir-fikir tiap kali nak post pasal resepi dan menu masakan atau destinasi makan yang saya kunjungi.
saya dihadirkan oleh beberapa orang yang datang memohon bantuan kewangan berasa begitu sebak. Alangkah indahnya jika saudari tersebut berada berhampiran saya dapatlah saya berkongsi sedikit hidangan.
sejak kebelakangan ini terasa begitu bersalah...dan gambar makanan, resepi masakan dan restaurat yang saya kunjungi hanya disimpan didalam memori fon dek kerana terkenang ramai lagi diluar sana sebenarnya masih berlapar.
Itu baru 3 orang yang datang meluah perasaan kat saya. Terasa inilah masa saya cuba untuk selami jiwa mereka tatla saya juga pernah merasa hidup susah ketika dahulu. Hanya makan nasi bersama sambal bilis.Apa yang ada kita syukuri dan berusahalah juga untuk cari jalan keluar sebagaimana yang Nabi pesan supaya berusaha seperti mengambil kapak, menebang pokok yang boleh dibuat kayu api.
Begitulah perumpamaan yang Nabi kata sebaiknya elakkan dari meminta-minta berusaha cari jalan keluar. Namun begitu bukan semua orang memiliki pelbagai kemahiran. Walaubagaimanapun ia bukanlah alasan. Kita perlu hadiri kursus yang boleh mengembangkan bakat serta kemahiran kita.Menggarap 1 potensi agar dapat dimanfaatkan kepada orang lain.
Apapon step yang Nabi ajar kita perlu ubah diri dan ahli keluarga dahulu.
Begitu juga dengan sedekah yang paling afdhal adalah sedekah kepada ahli keluarga dan saudara mara. Jika sudah mencapai zon selesa barulah difikirkan bagaimana nak bangunkan ekonomi rakan-rakan terdekat, jiran, masyarakat, daerah, negeri, negara dan seantero dunia.
Moga kita semua beroleh redha Allah s.w.t dunia dan akhirat.
Wallahu a'lam.
Ummumardhiah90 Jelebu,Negeri Sembilan.
Berpengalaman sebagai penyampai startegi berkesan UPKK.
Penanda kertas UPKK.
Fesilitator.
Exco Pembangunan Insan dan Kerohanian UNITI.
Penulis buku UPKK Syariah Karya Bestari.
Doakan saya dapat terbit buku komik kanak-kanak. InsyaAllah ...
Sunday, 3 October 2021
Kepentingan Masa
بسم الله الرحمن الرحيم
Berkata Saidina Ali karamallahu wajhah " Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya ia akan memotong kamu.
Begitulah sebuah ungkapan yang seringkali berlegar-legar dalam fikiran tentang kepentingan dalam memanfaatkan masa sebaiknya.
Begitu juga penasyid tanah air iaitu kumpulan Raihan jika kita teliti bait-bait lirik yang kita dengari selari dengan panduan Al-Qur'an yang sarat dengan peringatan.
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beriman dan yang beramal Soleh.
Gunakan kesempatan yang masih diberi, moga kita takkan menyesal, masa usia kita jangan disiakan, Kerna ia takkan kembali.
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara :
sihat sebelum sakit,
muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sempit,
hidup sebelum mati.
Susunlah kehidupan kita dengan bermula dengan membaca AL quran dan hadis...jika tak mampu kita boleh menjadi sebagai pendengar dalam mendengar bacaan ayat AL quran dan hadis...
Sebuah hadis nabi mafhumnya menyebut Aku (Rasulullah s.aw.) tinggalkan kalian dengan dua perkara nescaya kalian tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu berpegang teguhlah kepada Al-Quran dan Hadis.
Berkenaan masa juga kita berusaha untuk menjadi muslim yang menjauhi sikap suka bertangguh-tangguh dalam sesuatu urusan.
Baru-baru saya komplain secara berdua dengan husband tentang masa jika berjanji dengan seseorang seeloknya awal lah...tapi dari sudut tasawuf diajar kita cuba elak dari cari kesalahan orang lain. Baru saya dapat rasa kesan dia jika kita sering cari salah orang suatu ketika kita pasti akan diuji kembali. Apapon jika kita niat untuk mendidik orang yang berada disekitar kita ia tidak menjadi masalah.
Sebagai seorang guru yang masih mengajar secara PDPR antara cabaran menguruskan masa sebaiknya waktu yang telah diamalkan iaitu kita berharap agar dapat dilaksanakan PDPR dalam tempoh yang ditetapkan.
Saya telah pon membuat beberapa penelitian dan kajian bahawa murid sekolah rendah hanya mampu memberi fokus sekitar 30 hingga 40 minit sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran secara online.
Jadinya saya sangat puji usaha pihak KPM telah meluluskan dalam melaksanakan pengajaran bersemuka. Langkah terbaik iaitu zon yang dibawah kadar rendah jumlah pesakit diteruskan secara bersemuka. Sistem penggiliran juga adalah langkah terbaik bagi murid dalam mencegah risiko terhidap penyakit Corona virus.
Saya berharap pihak JAKIM juga dapat meneruskan langkah yang sama kerana perlu mengambil kira faktor murid yang keciciran tidak masuk kelas online atas faktor-faktor yang ada ketika tidak dapat dielakkan. Antaranya berkongsi handfon dengan ibu bapa, masalah internet, masalah lebih cenderung didikan secara bersemuka lebih mudah memahami. Langkah terbaik iaitu setiap tempoh kelas tersebut mestilah dihadiri oleh 10 orang murid sahaja. Ini adalah waktu cadangan saya. Bagi pengurusan KAFA.
Isnin :Kumpulan A (10 orang) - pergi sekolah
(2.00-3.00 petang sahaja)
Kumpulan B online (3.00-4.00 pm)
Kumpulan C online (4.00-5.00 pm)
Selasa : Kumpulan B (10 orang sahaja) - pergi
sekolah.
kumpulan C online (3.00-4.00 pm)
kumpulan A (4.00- 5.00pm)
Khamis : Kumpulan C (10 orang sahaja) - pergi
sekolah.
Kumpulan A online (3-4 pm)
Kumpulan B online (4-5 pm)
Subjek hanya satu...ditukar setiap minggu.
Pihak jabatan perlu mengambil kira faktor keciciran murid dalam menimba ilmu kerana telah disebut dalam sebuah hadis bahawa menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap individu muslim.
Sekian terima kasih.
Friday, 24 September 2021
Surah Al-fatihah
بسم
الله الرمن الريم
1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah tuhan semesta Alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .
4.Yang menguasai hari Pembalasan.
5. Hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami mohon Pertolongan.
6.Tunjukilah kami jalan yang lurus
7. Iaitu jalan orang- orang yang kau kurniakan nikmat kepada mereka bukan jalan dimurkai ke atas mereka dan bukan pula jalan mereka yang sesat.