Monday, 4 October 2021

Cubit peha kanan, peha kiri terasa.

 Pepatah melayu ada menyebut "cubit peha kanan peha kiri terasa" begitulah halus pepatah orang lama-lama dalam menyusun kata-kata bagi membuatkan pembacanya berfikir akan apa yang ingin disampaikan kepada masyarakat.

Dalam menghadapi musim pandemik ni saya penuh keinsafan dan sering berfikir-fikir tiap kali nak post pasal resepi dan menu masakan atau destinasi makan yang saya kunjungi.

saya dihadirkan oleh beberapa orang yang datang memohon bantuan kewangan berasa begitu sebak. Alangkah indahnya jika saudari tersebut berada berhampiran saya dapatlah saya berkongsi sedikit hidangan.

sejak kebelakangan ini terasa begitu bersalah...dan gambar makanan, resepi masakan dan restaurat yang saya kunjungi hanya disimpan didalam memori fon dek kerana terkenang ramai lagi diluar sana sebenarnya masih berlapar.

Itu baru 3 orang yang datang meluah perasaan kat saya. Terasa inilah masa saya cuba untuk selami jiwa mereka tatla saya juga pernah merasa hidup susah ketika dahulu. Hanya makan nasi bersama sambal bilis.Apa yang ada kita syukuri dan berusahalah juga untuk cari jalan keluar sebagaimana yang Nabi pesan supaya berusaha seperti mengambil kapak, menebang pokok yang boleh dibuat kayu api. 

Begitulah perumpamaan yang Nabi kata sebaiknya elakkan dari meminta-minta berusaha cari jalan keluar. Namun begitu bukan semua orang memiliki pelbagai kemahiran. Walaubagaimanapun ia bukanlah alasan. Kita perlu hadiri kursus yang boleh mengembangkan bakat serta kemahiran kita.Menggarap 1 potensi agar dapat dimanfaatkan  kepada orang lain.

Apapon step yang Nabi ajar kita perlu ubah diri dan ahli keluarga dahulu.

Begitu juga dengan sedekah yang paling afdhal adalah sedekah kepada ahli keluarga dan saudara mara. Jika sudah mencapai zon selesa barulah difikirkan bagaimana nak bangunkan ekonomi rakan-rakan terdekat, jiran, masyarakat, daerah, negeri, negara dan seantero dunia.

Moga kita semua beroleh redha Allah s.w.t dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam.


Ummumardhiah90                                                                                                                                Jelebu,Negeri Sembilan.


Berpengalaman sebagai penyampai startegi berkesan UPKK.

Penanda kertas UPKK.

Fesilitator.

Exco Pembangunan Insan dan Kerohanian UNITI.

Penulis buku UPKK Syariah Karya Bestari.

Doakan saya dapat terbit buku komik kanak-kanak. InsyaAllah ...

No comments:

Post a Comment