Monday, 4 October 2021

PERKASAKAN JAWI

 



Notes from : BENGKEL PENGKAEDAHAN JAWI TERKINI.

KERJASAMA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (JHEAINS) & 

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN (PPANS).

PENCERAMAH : PROF. ADI YASRAN ABDUL AZIZ (UPM)

1. Tulisan jawi merupakan tulisan perantara kedua.

2. Ditulis dari kanan ke kiri seperti sistem Bahasa Arab.

3. Ada 37 huruf. ikut kamus dewan still 36 huruf yang membezakan iaitu ta marbuthoh. 

Telah mengeluarkan sebuah kamus jawi Kamus Perdana (Pedoman Ejaan Jawi - berwarna hijau )

4. Penggunaan kaf mesti dihadapan...contoh kakak كاكق

5. Huruf hijaiyah (arab) ada 31. huruf berubah ialah huruf alif.

6. Ca tiada hamzah kerana bukan huruf serapan arab.

7.  Penggunaan huruf Ga dan Ka -tidak ditambah alif dibelakang asal seperti geliga. 

8. Kedudukan hamzah - tiada lagi yang terapung seperti perkataan buih - بوءيه 

9. Pendeta Zaaba antara tokoh memperjuangkan tulisan jawi.

10. Imbuhan awalan - ditambah dihadapan terbahagi kepada dua iaitu 

                                     1) tidak mengubah kata dasar seperti (mem- membaca), (di - disekolah)

                                     2) mengubah kata dasar - ada alif tetapi dibuang. Seperti (meng - emas ->  

                                        mengemas ),  meng - ubat -> mengubat.

11. Imbuhan apitan - ditambah hadapan dan belakang - (se+an - alir -sealiran)

12. Imbuhan akhiran - i- juara-> juarai , sayangi

13.Kata gabungan - dua perkataan membawa satu makna seperti campur aduk, terima kasih, tengahari.

14. kata ulang / kata ganda - kupu-kupu, buku-buku, labah-labah.

                                            - tak boleh guna zaman-zaman perlu penambahan samada awalan atau  

                                              akhiran seperti zaman berzaman ,lama kelamaan, lauk pauk.

15. Akronim - TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM ) -  تي. يو. دي. ام



1 comment:

  1. Assalamualaikum ustazah,, boleh saya minta slide untuk kursus ni..saya terdelete slide saya... ustazah boleh emelkan pada maizanfauzi93@gmail.com

    ReplyDelete